BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 26 April 2012

kawan

selamat petang.. hari ni mood nak bercerita pasal KAWAN.
alkisah baru sahaja habis sekolah, tak sampai setahun kot,
tapi macam dah beribu tahun pulak tak jumpa.

tau lah pandai. tak setaraf kot dengan aku.
apalah. aku pon satu. sedar sikit lah diri..
apolah...

saat ni baru lah tahu yang mana satu kawan yang betul2 kawan..

Friday, 20 April 2012

uncle usin

salam. ni entry kedua untuk hari ni.
ni pulak pasal cerita yang baru keluar..
cerita UNCLE USIN..

hadoii ai. macam mana aku nak mula ni??
ok lah. semalam aku pergi sekolah sebab nak
uruskan hal-hal kecik ni. lepas tu aku ajak la
member aku pergi tengok wayang. sebab
aku ada nampak iklan cerita ni kat internet.
pastu tu hari pertama tayangan..

pastu semua nama-nama yang boley tahan hebat berlakon.
tapi sebenarnya nak support ZIZAN!!!! lawak slumber yaya je.
last2, dah beli tiket, gi lah masuk. pastu tengok2 banyak gila seat kosong.
then layan la citer ni. hurmm.

tapi rasanya cerita ni boleh dibaiki lagi.
mungkin pengarah baru nak berlatih buat filem.
btw, satu penghargaan kepada pengarah la..
elemen lawak pon ada..
so, sapa2 belum tengok cerita uncle usin boleh la tengok..

berdasarkan poster dan iklan, aku menjangkan
filem ni akan menjadi satu filem yang orang sebut2.
tapi kita tengok la dulu. sebab filem ni baru keluar panggung kot.
ok?

kawan

ho ho ho..
hari JUMAAT yang penuh barakah..
semoga kita semua dirahmati-NYA.

by the way, topik untuk hari ni ialah
cerita berkisar tentang KAWAN/SAHABAT/RAKAN.
sama lah tu semua nya. ok fine.

minggu depan, kelas aku akan mengadakan macam
satu program mini camping. tak tidur dalam khemah la.
ni kira macam camping zaman moden sket.

tempat ni ada chalet, tapi bukan chalet yang besar2 tu.
lokasi kat hutan sikit, lepas tu dekat dengan EMPANGAN DURIAN TUNGGAL.

tapi ada lah ramai yng macam tak bagi respons. apa kes ni??
aiyoo. tak kan nak paksa2 lak, nanti dah tak best lah kalau
datang sebab dipaksa. adoii kawan, jom lah join..

lepas ni entah ke mana-mana je korang akan pergi...
lepas tu bila lagi mau jumpa?? tatau la mau cakap apa...

tengok je lah sapa yang dapat datang. aku pon tak sure lagi ni.. (;

Wednesday, 18 April 2012

hikmah di sebalik kejadian

baru sekejap ni, kawan aku telefon. dia pon dapat result lebih kurang
sama dengan aku. dia tanya pasal permohonan biasiswa MARA.

tapi alangkah malangnya, we 'are not qualified to apply the scholar.
then, dia pon cakap yang dia pon macam tak percaya
dia dapat result macam tu. sedangkan selama ni
result dia tak lah seteruk ni.

hurm,, adakah ini yang terbaik untuk aku??
semestinya ini yang terbaik untuk kita.
sebab hanya ALLAH sahaja yang mengetahui akan
setiap kejadian.

MANUSIA ---> merancang
ALLAH      ---> menentukan


fikir

huh,, akhirnya berjaya jugak aku...
hampir dua hari aku mengkaji.. 
berfikir.
pastu berjaya jugak aku renovate
blog yang dah lama aku tak jenguk ni..
kesian lak.. asik facebbok, twitter je..

nasib password ngan email aku masih ingat lagi..

HAVE A LOOK!!!

Tuesday, 17 April 2012

down kejap.

assalammualaikum dan salam sejahtera.

haihh.. currently i'm at Kg Pegoh Broadband Community Centre.
minggu ni semua lepasan SPM 2011 tengah sibuk-sibuk
nak apply biasiswa. ke sana, ke sini..

untunglah yang pandai-pandai tu, sebab tak ada
halangan untuk memohon biasiswa tersebut.
TAHNIAH la..

tapi yang aku ni, hurmm,, SPM pun suam2 kuku je.
habis macam mana nak apply scholarship ni?
yang ada pon hanya berapa sahaja....

sedih tokk. pastu nak letter of recommendation from school..
omaigodd. apa kes ni?? hadoii..
ni lah yang aku kurang nak minat sikit...
nak kena pergi sekolah balik...

huihh. nak tunjuk muka pulak..
kalau muka ni naik atas pentas time amik
result tu tak pe lah jugak...
segan pulak nak pergi sekolah macam ni..
nak kena ajak kawan ni..

YA ALLAH. tolonglah aku!!!
ada tak cara lain nak dapatkan surat tu...



Monday, 9 April 2012

biasiswa

SALAM 1MALAYSIA,

SALAM MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG,
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU.

rileks semua blogger. ini bukan blog YB mana-mana kawasan pun.
sebab aku secara tiba-tiba sangat berminat dengan ungkapan ni.

topik hari ni yang aku nak tuliskan kat sini ialah tentang
biasiswa dan pengajian tinggi.

aku dengan rajinnnya telah pun membuka laman sesawang 
biasiswa-biasiswa yang ada ditawarkan sekarang ni.
tetapi masalah yang paling utama yang aku hadapi
ialah macam mana kita nak apply kalau kita belum dapat
tawaran belajar ke universiti-universiti tempatan..

haduiihh. pening doe. ape kes ni?

sebab apa?

sebab setiap biasiswa yang ditawarkan tu, ada bidang-bidang
tertentu yang ditawarkan. dipendekkan cerita.
kalau aku apply biasiswa tu untuk bidang lain, 
pastu nanti dapat offer bidang lain..

dah lah dateline biasiswa hampir semua tutup
sebelum tawaran IPTA diberitahu..

teringat jugak nak dapat biasiswa daripada 
MAYBANK ke, JPA..
walaupun keputusan SPM aku sedang-sedang saja.

ok. sampai sini sahaja. jumpa lagi.