BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 15 May 2012

whatsapp

salam sejahtera. hari ini topik ialah pasal WHATSAPP. benda alah ini merupakan satu aplikasi. kalau mengikut tafsiran aku sendiri. aplikasi ini lebih kurang macam YAHOO MESSENGER(YM). tapi yang ini melibatkan pengguna telefon pintar. kelebihannya. boleh sms(chatting) secara percuma apabila ada internet. sama lah dengan YM kan? lagipon ramai member2 dah suruh buat whatsapp ni. dah aku pon mencuba la.. my first trial was good. bila dah mula chat. tak boleh berhenti. tapi tak boleh tanding TWITTER la.. come on guys.. TWITTER bagi aku sekarang sangat trending... because i always have problems when using the another one social web. it tooks time for loading. and sometimes, the chatbox seems not functioning well. syarat nak guna whatsapp : 1. download whatsapp kat PLAY STORE 2. register email and password 3. automatically u'll received a key number through ur phone. 4. now. it's ready to bring you become more talkative on web.

Monday, 14 May 2012

final 7th Men's Junior Asia Cup Melaka 2012 - part 2




nilah sebahagaian lautan manusia kat stadium semalam.
surat khabar cakap hampir 8k manusia malam tadi. 
patotlah dah hampir sesak nafas berdiri dekat sejam lebih semalam.
macam tin sardin. tapi ni lagi mampat dari tin sardin AYAM BRAND'S.
fuhhh. tapi sebab minat punya pasal. redah je la..

lepas opening tu, game pun mula.
baru tiga minit lebih je kot, MALAYSIA dah score.
PC goal by FAIZAL  SAARI.



this is FAIZAL SAARI.
hebat. style dia. kalau dah goal akan tabik-menabik
kat penonton. tapi semalam tak tau dia buat ke idok 
sebab tak nampak. yang aku nampak kepala-kepala orang je.


then, game berterusan sampai la AHMAD SYAMIM score goal kedua.
biar benau ni? senang sangat je nak tunduk kan Pakistan.
dahlah Pakistan 3 kali pegang ASIA CUP ni.

tapi memang malam tu, semangat team MALAYSIA
sangat kental dan tinggi. hebat yang amat.
nak TABIK SPRING sekali!
first half MALAYSIA masih mendahului.

masuk second half, hurmm, game macam slow sikit. 
pastu ada muka-muka baru yang coach masukkan.
if i'm not mistaken la.
yang peliknya, MALAYSIA asik kena serang.
tapi pertahanan MALAYSIA tak mudah nak dibolosi.
tu lagi satu aku nak TABIK!!!
slumber je keluarkan bola.

teringat zaman dulu-dulu,
kalau nak keluar kan bola, berhempas-pulas.
sampai gaduh-gaduh dengan team sendiri pon ada.
pasal nak keluarkan bola sebiji yang kecil tu.
last-last kena PC gak. aiyoo..

tapi diorang ni, bola masuk je, boleh dikeluarkan dengan mudah.
macam mana diorang buat?? 
practice makes perfect.
keeper pon boleh tahan bagus. banyak save bola.
bola terbang sana-sini. nasib tak kena cameraman yang 
dok atas tangga bertingkat tu. 

tak lama kemudian. Pakistan jaring satu goal.
waa.. pakcik-pakcik yang dok sebelah aku ni
dok marah-marah. hek'eleh.. rileks lah pakcik,
nak emosi sangat apehal..
kata MELAKA. memang lah mulut tu kasau sikit.
tapi aku bangga jadi ANAK MELAKA. :D

wisel penamat. 
MALAYSIA menang 2-1.
cayalahh...

tak sia-sia aku parking kereta nun jauh kat rumah orang.
tak sia-sia aku datang empat game MALAYSIA.
gilos. memang puas hati lah.. 
KAMULAH YANG TERBAEKK!!!

habis acara penyampaian hadiah semua.
now is the time i'm waiting for a long.
amek gambau la...
geledah satu padang tu.
cari sesapa je. pastu stop, amek gambar.
jalan lagi. cari, cari dan cari..

nilah hasilnya..


kami dah menang. MALAYSIA BOLEH!!!!





wira kebanggaan negara.
cayalah bro!!!





mr captain. MUHAMMAD NOOR FAEEZ BIN IBRAHIM.
main banyak posisi. kejap kiri kejap kanan.
paling style time goal PC.
superb such a great player!!



Firhan Ashaari. yang ni pulak,
main memang laju. power jugak stop bola orang.
yang penting, brother ni kering abes!!
hebat!!



yang ni, Nor Hizzat.
tak silap la. dia main belah tengah je banyak.. 
centre. senang citer, kalau bola area tengah,
dia yang control la.. 

paling stylo rasanya time sliding.
haha,, ingatkan kitaorang yang kampung-kampung
ni je yang slide, rupanya INTERNASIONAL pon
ada sliding. yang ni serius kena kering...
silap-silap kang dapat sliding dengan kayu hoki.
BUY I FREE 1.

overall. memang best. harap lepas ni
KERAJAAN MELAKA akan dapat menganjurkan
lagi game yang macam ni. barulah industri sukan hoki
MELAKA bertambah maju. 

TAHNIAH SKUAD PROJEK 2013!!!



final 7th Men's Junior Asia Cup Melaka 2012 - part 1

assalammualaikum...
semalam ialah hari penentuan
pasukan mana yang akan menggondol JOHAN
bagi 7th Men's Junior Asia Cup.

MALAYSIA vs PAKISTAN.

aku ambil madjam kat rumah dalam pukul 4.30pm.
sampai je stadium dalam setengah jam kemudian.
lepas parking segala-bagai, kitaorang pon pergi solat ASAR dulu.

ingatkan bila sampai awal dapatlah seat.
alih-alih semua seat dah kena reserve untuk player-player
dengan VVIP. siap pasang pagar semua.
macam mana ni? dah kitaorang pergi la belakang goal tu.
tengok game .game agak slow.
aku sampai dah nak tidur kat situ. nasib takda bantal.

tiba-tiba, macam ramai orang menjerit-jerit macam histeria.

dah kenapa semua orang kat sini??

lah, bas yang bawak team malaysia dah sampai.. 
Mr Mirnawan Nawawi dengan coach Dharmaraj keluar dulu.
pastu nampak pulak Faizal S. dengan beberapa lagi.
tapi baru separuh. yang separuh lagi player naik bas lain.

dah telefon aku berbunyi. 

INCOMING CALL -PILOT

kena amik pilot sekarang. aku suruh dia tunggu kat 
Mobil Petrol Station ayah Hazwan Haleem punya.
sebab aku malas nak masuk Melaka Central.

done. 10 minutes finished fetching PILOT.
solat maghrib lah dulu senang. wooowoo..
ramainya junior kat sini.. dah jadi supporters INDIA rupanya.
jumpa lah pulak si ABE, FIGHTER, ramailah. 
tapi ada je yang buat tatau. pi lantak la hangpa.

-bersambung-


Tuesday, 8 May 2012

#4 communicate with JAPANESE

semalam aku pergi stadium tengok game hoki.
MALAYSIA vs JAPAN.
keputusan perlawanan ialah
MALAYSIA 3, JAPAN 1.

lepas tu, on the way nak balik, lalu belakang stadium tu.
lepas tu team JAPAN tengah dok cooling down kat situ.
bebudak ni semua nak amek gambau sesaja dengan team JAPAN.

lepas tu, den dengan tak semena-mena bertukar bahasa.
aku pon bercakap lah dengan mat-mat jepun berkenaan.
nak kata bercakap tu, taklah jugak,
sebab dah lupa aku apa ayat penuh.
perkataan sikit-sikit la aku ingat.

SUMMIMASEN, SHAHIN. TOMODACHI TO.

HAIT, 

fuhh lega, naseb diorang paham. dah berbulan lama 
tak buka buku teks BAHASA JEPUN tu..
lepas tu aku cakap

ZANNENDESUNE.

HAIT, ZANNENDESUNE.

pastu diorang macam senyum je...
aku pulak tak sure, perkataan tu sesuai tak dengan situasi ni.
ye lah kan. dah kalah, pastu cakap macam ni..
not sure lah. tapi respon diaorang macam ok. 
pi lantaklah. haha... 

yang penting, dapat jugak aku lepaskan gian bercakap
bahasa jepun tu. sumpahlah miss gila kelas sensei..
huh.. dah. nak upload gambar pulak. 
please wait for a secs..


player JEPUN yang menjadi mangsa. 

#3 kali kedua STF

assalammualaikum ..
hari ni aku nak jelaskan bahawa sepanjang 
7th Junior Hockey Asia Cup Melaka ni,
entry yang berkaitan akan diletakkan hash (#).
boleh?? memudahkan pembacaan..

dah. nak mula bercerita sekarang ni..
semalam bila dah setting-setting baik punya
menerusi laman TWITTER, akhirnya adalah jugak
member yang nak pergi sesama tengok game.

aku mulakan perjalanan dengan amek NAJMI.
walau rumah selang dua je, tapi alang-alang menyeluk pekasam,
aku start enjin kereta, lepas tu tunggu depan rumah dia. 
lohh,, rupanya dia tak balik lagi dari riadah petang.
tunggu punya tunggu, lebih kurang 15 minit, baru dia muncul.

SORRY CAP LAMBAT. CEPLOS SURUH AMIK KAT RUMAH DIA

HUH?? 

aku dah suruh NAJMI cakap dengan CEPLOS suruh datang rumah NAJMI,
bawak motor. tapi dia tak nak. ok fine. then pegi jemput dia kat rumah dia..
walaupun dah pukul tujuh beb. memang tak sempat sampai awallah..

then, kitaorang bertiga solat maghrib dekat rumah DENDU.
after that, pecut pergi rumah APEK pulak.at that time, almost 8pm.
gila ahh. bila nak sampai ni? then aku bawak dengan penuh berhemah.
finally sampai STADIUM HOKI MBMB, BUKIT SERINDIT, MELAKA.

JEPUN DAH 1?? WOII COME'ON LAH..

nak cari MADJAM, tapi tak jumpa. manusia punyalah ramai..
last-last, duduk belakang gol. pemandangan jelas.

seriously game malam tadi memang mantap.. 
respect gila dengan team MALAYSIA. hebat giler..
SYABAS MALAYSIA.....


azam aku::: setiap kali match MALAYSIA, aku mahu datang :)



MALAYSIA with yellow jersey.





selepas bantai 3 - 1 pasukan JEPUN





penyokong tak bertauliah. 

Monday, 7 May 2012

UPU.

alhamdulillah. hari ini result UPU keluar.
rezeki ALLAH bagi, dapat lah jugak aku satu tempat
kat IPTA. kalau nak pergi IPTS, memang tak la..
duit macam air je nanti kena keluar.
unless la kalau aku ni golongan bangsawan..
walaupun jauh, tapi bersyukurlah dapat tempat...

aku dah telefon kaunselor jugak. pastu dia nasihatkan baik
pergi sana. kalau matriks aku kena struggle gila2 dalam setahun,
dan lepas tu kena bersaing semula dengan orang2 Form6.
so?? tengoklah dulu. istikharah memanyak.
doakan lah aku memilih pilihan yang ok.
AMIN..

#2 - tengok hoki di stadium

salam sejahtera semua.
sekarang ni,di Melaka sedang diadakan satu kejohanan hoki.
dek kerana ingin bebenau nak tengok team MALAYSIA main.
maka aku pon mengajak lah kekawan pegi tengok. 
mangsa-mangsa tersebut ialah dendu, madjam, shuk, kenzo dan chacha.

mulanya aku check kat internet, game start pukul 8.05 malam.
so aku decide nak gerak lepas maghrib. pastu jemput lak dendu.
tapi jalan jammed. perhh.. orang dah la nak cepat.
dohh, rupanya ada kereta yang rosak kat traffic light tu..

so, parking kereta dekat dengan rumah TNB tu. sebab baru nak masuk
dalam stadium punya parking lots, pak polisi enggak membenar'in.. 
jadi kena lah parking jaoh sikit. 

aku sampai je, team MALAYSIA dah leading 2.
Korea pulak still KOSONG ( dah macam lagi NAJWA LATIP)..
gila berkobar-kobar tengok... haha..  lepas tu korea pulak gol 1.

akhirnya, MALAYSIA menang besar beb.. gila stylo...
respect diorang!!! goodjob MIRNAWAN NAWAWI.

dah, malam ni nak pegi lagi..

#1 { 7th Men's Junior Hockey Asia Cup 2012 }



tarikh 3 - 13 MEI 2012 akan diadakan satu kejohanan hoki di tanah Hang Tuah..
cayalahh... sebab nya dah lama aku tunggu event yang macam ni.
INTERNASIONAL lah pulak tu. boleh buka minda untuk berfikir jauh.
walau tak jauh mana pon.