BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 26 August 2012

cuti raya :)



pejam celik, pejam celik, dah dua minggu dah sejak aku mula bercuti raya. sumpah sekejap rasa dia. macam baru je balik semenanjung. dah kena balik sarawak balik. hari ni tadi aku gerak keluar rumah pukul 4.11pagi. highway memang clear. kereta tak banyak. sedap ar nak drive. aku sampai kolej pukul 10.30 pagi. lepak-lepak jap pastu baru sekarang aku siap kemas barang.

entry kali ni, memang aku nak rewind balik apa yang aku buat sepanjang cuti ni. mostly pasal jalan raya la. let's start now.


yang ni, jalan beraya rumah ALONG gua. semua pelik. apehal aku panggil dia ALONG. sebab umur sama. chill brah&sis. meh aku explain. macam mana nak explain? macam ni la. sebabnya aku ada dua orang adik-beradik je la rasanya. saja nak tambah adik-beradik.

on that day, aku, aus dengan iman lepak rumah ALONG agak lama. mulanya kitaorang nak pergi banyak rumah, tapi malang dia ramai yang takda kat rumah. jadi melepak la lama-lama kat rumah ALONG. sumpah kenyang. thanks makcik. masakan sedap. mee goreng dia. terangkat.. HAHA.


this one, has been taken at BALYA's. tak plan sangat pun. time ni, MACHINANT muar naik melaka. aku pon nak jumpa dak FUZA. sebab dia dah nak fly 13september ni. kalau tak jumpa raya ni, lagi 5-6 tahun akan datang baru jumpa. aku kenal FUZA dari form1. he'sone of the best friend ever had. hidup dia chill, belajar malas, banyak main. tapi one thing, he's smart! FUZA, salute doe kat kau. jaga diri baik-baik kat jordan sana. :')
nanti jumpa lagi.



gambar ni, beraya dengan cikgu sekolah rendah. kitaorang memang rapat dengan cikgu ni. nama dia roszaidah bt musa. dulu beliau ajar aku sains. sekarang ni, dah ajar maths. agenda wajib tiap-tiap tahun kitaorang datang raya rumah beliau. kecuali tahun lepas. SPM. :) terima kasih cikgu untuk nasi ayam yang sedap. perut lapar. memang aku membaham nasi ayam cikgu buat tu. haha..





tiga gambar di atas, time rumah raihan buat kenduri kesyukuran. ramai jugak MACHINANT yang datang. ty rehan sebab jemput. jumpa poie. dia pon nak fly 13 september ni. rumah rehan penutup untuk aktiviti cuti raya.






dua minggu, memang sangat sekejap. tapi nak buat macam mana. sekarang ni, aku dah pun jejak kaki balik UNIMAS. nak tak nak, aku kena bangun dah mulakan langkah baru. dua-tiga bulan lepas, macam tak berapa nak ok. aku kena bangun! kesian mak bapak aku carik duit, hantar aku belajar sini. sedih bila pikir benda tu. insyaallah. akan aku cuba yang terbaek!! korang semua pun, doakan lah aku jugak.


last sekali. SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR & BATIN. :)

terima kasih sebab sudi membaca.