بسم الله الرحمن الرحيم
assalammualaikum dan salam sejahtera.
hari ni macam akan ada banyak post daripada aku
sebab aku nak memanfaatkan masa yang terluang
yang masih ada ini untuk berkongsi pendapat, cerita & pengalaman.
jadi seperti yang telah dinyatakan dalam tajuk utama,
entry ini merujuk kepada KECEWA.
sebenarnya, secara fitrahnya, boleh dikatakan semua manusia
tidak ingin berasa kecewa atau dikecewakan.
tapi
untuk membuat seseorang itu kecewa, mungkin ada.
walau bagaimanapun, kita tidak boleh dengan mudahnya ingin
menghukum seseorang tu hanya berdasarkan pandangan secara fizikal sahaja.
seharusnya, orang yang sebegini perlu diberi ruang dan peluang
yang sewajarnya agar kita dapat mengetahui asbab yang mendorong
mereka melakukan kekecewaan terhadap orang lain.
dari sudut pandangan yang berbeza pula, manusia yang membuat
orang lain kecewa ini perlulah sedar diri secepat mungkin.
kerana tanpa disedari mahupun tidak, perbuatan mereka
ini hanya akan mendatangkan masalah kepada diri mereka kelak.
kerana dosa kita sesama manusia hanya akan diselesaikan sesama manusia.
selagi tiada keampuanan yang diberikan, selagi itulah kita menanggung
dosa di atas perlakuaan kita tersebut.
baiklah. aku ingin meneruskan lagi entry berkenaan kecewa.
kali ini berdasarkan pandangan dan diselitkan sedikit dengan
pengalaman yang mungkin tidak seberapa ini.
kadang-kala, secara fitrah manusia. kita mudah untuk mengharap sesuatu.
ayuh kita luaskan skop pemikiran itu secara meluas.
> kita mengharapkan kejayaan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan
> kita mengharapkan agar si DIA menyukai kita kerana kita menyukai si DIA
> kita mengharapkan untuk mendapat kawan-kawan yang baik
> kita mengharapkan untuk menjadi seorang yang berpangkat besar dan ternama
namun, ada kalanya harapan yang kita sandarkan tinggi di langit itu, tidak kesampaian.
pada ketika inilah, kita akan berasa sangat kecewa. down. frust. dan yang sewaktu dengannya.
macam-macam yang bermain di minda kita ketika itu.
" ini tidak adil tidak adil bagiku. #lagu yuna "
" aku dah buat yang terbaik, tapi kenapa tak dapat jugak? "
dan macam-macam lagilah benda yang terlintas dalam fikiran kita.
bagi aku, itu perkara biasa. normal lah kan, kalau kita tak dapat
apa yang kita nak tu. nak marah ke apa ke, just go on. but with one
condition, jangan buat perkara yang di luar syariat dan batasan.
aku pon penah rasa emo gila. nak-nak lepas result SPM keluar.
macam tak percaya lah kan. but believe in faith.
justeru, apakah yang harus kita lakukan?
= bila dah rasa hilang sikit marah tu, kita tenangkan pula fikiran
takkan selama-lamanya kau nak marah je, kan?
let by gone be by gone. pi lantak lah yang lepas tu.
now we have to rebuild ourselves.
we generate our new identity.
= kita renungkan apa yang dah jadi
maksudnya kat sini macam kita rewind balik hidup kita yang lepas tu.
contohnya. i you got failure in examination. but you said that you had a very enough preparation. mungkin kat sini, kita rasa kita dah cukup bersedia, walhal itu hanyalah
separuh daripada persediaan yang diperlukan untuk berjaya.
in conclusion, kita kena melipat kali gandakan usaha daripada yang terdahulu, hanya
jika kita tidak mahu gagal untuk kali kedua.
frankly speaking, aku memang tengah kecewa sekarang. sebab tu macam datang ilham
nak share benda ni. this is only my opinion. if you have another better opinion,
just share with us. benda baik harus dikongsi.
sekian.
Machinants di Barat.
10 years ago
0 comments:
Post a Comment