BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 10 July 2012

kawan.

assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kerana anda semua sudi meluangkan masa membaca blog ni.
walaupun saya bukanlah seseorang yang ternama,
namun saya berusaha untuk menukilkan satu
penulisan yang bermanfaat.

baiklah. saya nak mulakan penulisan hari ini.
segalanya berkaitan dengan sahabat.

ya, sahabat. sesetengah lebih gemar menggunakan istilah
member, kawan, rakan. walau apa pun istilah yang digunakan,
ianya merujuk kepada insan yang kita kenali.
walaupun perkenalan itu berlaku dalam setengah minit yang lalu.

secara jujurnya, bagi saya, sahabat itu merupakan satu anugerah
ALLAH kepada manusia itu. bayangkan lah kehidupan kita sebagai khalifah
di muka bumi ini, tanpa kehadiran sahabat?

sahabat merupakan tempat yang ideal untuk kita meluahkan
rasa suka, duka. sahabat memang istimewa.

walau bagaimanapun, kelak, pasti akan ada perpisahan
dalam hubungan persahabatan itu.

pada ketika ini, sangat perit untuk menerima hakikat.
kawan yang dahulunya tempat kita berkongsi suka,
melepak bersama-sama, akhirnya dia terpaksa pergi
atas pelbagai urusan.

walaupun pada hakikinya, kita sukar menerima takdir tersebut,
namun sebagai seorang ISLAM, kita wajar untuk menerima qada' & qadar.

sekarang ni, di bumi UNIMAS, semakin ramai sahabat yang
meninggalkan UNIMAS untuk menerima program tajaan MARA.

dahlah susah nak cari kawan-kawan yang best. (AZRI, RAHIM etc)
pastu diorang akan pergi.

kat sini, aku nak wish GOODLUCK kat korang semua.
semoga korang dapat merealisasikan impian korang dan ibu bapa.

insyaallah, ada rezeki. kita jumpa lagi.

_FRIENDS TILL THE END_

0 comments: