diam tak diam, setelah setahun berlalu. kini bulan
yang mulia itu bakal menjelma kembali.
sudah tentunya, kehadiran RAMADHAN pada kali ini,
cukup dinanti-nantikan oleh umat ISLAM kerana
tika ini, syaitan-syaitan laknatullah itu
akan diikat daripada mengganggu umat ISLAM terus beribadah.
seharusnya, kita mengambil kesempatan yang diberikan oleh
ALLAH ini kepada hamba-hambanya yakni, kita bebas dari
segala hasutan dan bisikan syaitan.
namun demikian, setelah sebelas bulan, syaitan membisikkan
kata-kata godaan yang menghanyutkan kita ke jalan yang lagha.
adakah mampu untuk kita terus menjadi umat yang baik 100% secara drastik?
jawapannya, tepuk dada tanya iman.
justeru, dengan berkat bulan RAMADHAN ini. ayuhlah kita
bersama-sama mempertingkatkan amalan dan secara tidak langsung
kita dapat memperbaiki diri yang serba kekurangan ini.
eceh. dah macam USTAZ DON lak aku menulis. tapi untuk menyampaikan
sesuatu yang berkaitan agama, kena serious sikit. kalau tak, nanti
nampak macam tak serious.
kalau tak ada aral. esok malam dah start solat terawih.
esok subuh jugak akan bersahur. dan sabtu bermulalah 1ramadhan.
walaupun 1 ramadhan aku tak dapat balik berpuasa dengan family.
tapi aku rasa. i'm fine. no problem la. insyaallah.
menimba pengalaman di tempat orang. nanti, minggu terakhir puasa.
dapatlah aku balik.
dan bulan puasa ni. akan ada exam! woo. sebelum balik rumah beraya!
aku rasa dah tak da apa nak tulis lagi. selamat berpuasa.
JANGAN PONTENG!
0 comments:
Post a Comment