BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 26 November 2012

novel : september yang pertama

assalammualaikum dan salam sejahtera. secara tiba-tiba, aku rasa berminat nak berkongsi pendapat aku mengenai novel yang aku pernah baca. baru-baru ni aku sempat khatamkan novel "september yang pertama" nukilan Antasya Balqis.

harga : RM 22.90 ISBN: 978-967-0184-57-9 ada 592 halaman. tak tebal sangat la.. mula-mula, aku baca buku ni, macam boring, sebab terlalu banyak plot yang ada. watak pun banyak jugak. kadang-kadang aku terkeliru dengan watak dia. tapi aku teruskan membaca la. sebab alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. lepas tu, di pertengahan cerita ni, aku rasa novel ni banyak nilai-nilai kemanusiaan dia. boleh tahan unik jugak la kisah jodoh pertemuaan Israr Hidayat dengan Mithali. bagi aku, penulis berjaya menunjukkan betapa kuatnya jodoh antara Israr Hidayat dan Mithali. Mithali bagi aku sangat hebat. dia seorang anak yang sangat baik dan penyabar. dia sangat mementingkan perasaan orang lain berbanding dengan perasaan dia. dia jugak ikut kata ayah dia. respect la orang macam ni. lgi satu, pasal watak Aneesa yang dulu seorang model popular, tapi dia lumpuh kaki dia. tak ingat sebab apa dia lumpuh. kat sini, kita boleh ambil kesimpulan, hukum karma dunia, kadang kala kita di atas, kadang kala kita berada di bawah. :D ok. aku rasa sampa sini je review aku pasal novel ni. kalau korang semua nak rasa kelainan dalam membaca novel, boleh baca novel "september yang pertama" ni. rating aku: 3/5. :D

0 comments: