BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 20 December 2012

Ranking SBP PMR 2012

assalammualaikum dan salam sejahtera.. semalam, 19 December 2012, secara rasminya keputusan Penilaian Menegah Rendah (PMR) diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. lumrah manusia sebelum ambil keputusan apa-apa peperiksaan, semua calon akan mengalami pelbagai perasaan yang bercambur-baur. waima pelajar cemerlang juga akan cenderung untuk merasakan debaran menjelang tarikh mengambil keputusan tersebut. walau bagaimanapun, setelah mendapat keputusan samada cemerlang atau pun sebaliknya, kita seharusnya redha menerima takdir tersebut. yang penting, jangan sesekali berasa putus asa kerana perjalanan anda masih jauh. SPM masih menunggu kalian di hadapan. tanpa melengah masa lagi, alhamdulillah aku dah terjumpa ranking Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia. sekolah aku masih ditakuk yang sama. by the way, nak ucapkan tahniah kepada seluruh tenaga pengajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka. terutama ayahanda pengetua, En Karim bin Bayok, En Mohd Sharif bin Ebok, En Ramli bin Abdullah dan semua guru-guru. i'm still proud of being one of your students. miss all the moments. :) 1. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (GPS 1.022) 2. The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.0237) 3.Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (GPS 1.0265) 4.Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.0278) 5.SM Sains Raja Tun Azlan Shah (GPS 1.0302) 6.Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (GPS 1.0309) 7.SBP Integrasi Gombak (GPS 1.0375)) 8.Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.0377) 9.Sekolah Menengah Sains Rembau (GPS 1.0408) 10.Sekolah Sultan Alam Shah (GPS 1.0434) 11.SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (GPS 1.0499) 12.Sekolah Menengah Sains Selangor (GPS 1.0538) 13.Sekolah Tuanku Abdul Rahman (GPS 1.0575) 14.Sekolah Menengah Sains Tapah (GPS 1.0595) 15.Sekolah Seri Puteri (GPS 1.062) 16.Sekolah Menengah Sains Kuching (GPS 1.0707) 17.Sekolah Menengah Sains Muzhafar Shah (GPS 1.0711) 18.Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (GPS 1.075) 19.Sekolah Menengah Sains Miri (GPS 1.0772) 20.Sekolah Menegah Sains Johor (GPS 1.0781) 21.Sekolah Menengah Sains Machang (GPS 1.0802) 22.Sekolah Menengah Sains Lahad Datu (GPS 1.0827) 23.Sekolah Dato' Abdul Razak (GPS 1.0923) 24.Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (GPS 0983) 25.Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (GPS 1.0989) 26.SBP Integrasi Sabak Bernam (GPS 1.099) 27.Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (GPS 1.1006) 28.SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (GPS 1.1062) 29.Sekolah Menengah Sains Pasir Putih (GPS 1.1104) 30.Sekolah Menengah Sains Dungun (GPS 1.114) 31.SBP Integrasi Kubang Pasu (GPS 1.1149) 32.SM Sains Sultan Mohamad Jiwa (GPS 1.1209) 33.Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (GPS 1.1221) 34.Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (GPS 1.124) 35.Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (GPS 1.1243) 36.SBP Integrasi Rawang (GPS 1.1296) 37.SBP Integrasi Gopeng (GPS 1.1373) 38.SM Agama Persekutuan Kajang (GPS 1.1376) 39.SM Agama Persekutuan Labu (GPS 1.1485) 40.Sekolah Menengah Saisn Teluk Intan (GPS 1.1493) 41.Sekolah Menengah Sains Labuan (GPS 1.1496) 42.Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (GPS 1.1581) 43.Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (GPS 1.1585) 44.Sekolah Berasrama Penuh Tun Abdul Razak (GPS 1.171) 45.SM Sains Sulatan Haji Ahmad Shah (GPS 1.178) 46.SBP Integrasi Temerloh (GPS 1.1951) 47.SBP Integrasi Selandar (GPS 1.1954) 48.Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (GPS 1.2491) 49.Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (GPS 1.25) 50.Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (GPS 1.2549) kalau tengok ranking PMR 2012 ni, kebanyakkan sekolah-sekolah premier ataupun yang ada title Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) tidak berjaya menonjol di tempat yang teratas. contohnya MOZAC dan STF. keputusan mereka pada tahun ini kurang memberangsangkan. walaubagaimanapun, kemunculan SEMASHUR yang mendominasi ranking PMR SBP 2012 cukup memberi satu nafas baru kepada keluarga SBP se-Malaysia. setidak-tidaknya, wujud persaingan yang sihat sesama kita. tahniah kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang! p/s : tak sabar nak tengok ranking SPM 2012. sekian. terima kasih.

0 comments: