BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 20 December 2012

Ranking SBP PMR 2012

assalammualaikum dan salam sejahtera.. semalam, 19 December 2012, secara rasminya keputusan Penilaian Menegah Rendah (PMR) diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. lumrah manusia sebelum ambil keputusan apa-apa peperiksaan, semua calon akan mengalami pelbagai perasaan yang bercambur-baur. waima pelajar cemerlang juga akan cenderung untuk merasakan debaran menjelang tarikh mengambil keputusan tersebut. walau bagaimanapun, setelah mendapat keputusan samada cemerlang atau pun sebaliknya, kita seharusnya redha menerima takdir tersebut. yang penting, jangan sesekali berasa putus asa kerana perjalanan anda masih jauh. SPM masih menunggu kalian di hadapan. tanpa melengah masa lagi, alhamdulillah aku dah terjumpa ranking Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia. sekolah aku masih ditakuk yang sama. by the way, nak ucapkan tahniah kepada seluruh tenaga pengajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka. terutama ayahanda pengetua, En Karim bin Bayok, En Mohd Sharif bin Ebok, En Ramli bin Abdullah dan semua guru-guru. i'm still proud of being one of your students. miss all the moments. :) 1. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (GPS 1.022) 2. The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.0237) 3.Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (GPS 1.0265) 4.Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.0278) 5.SM Sains Raja Tun Azlan Shah (GPS 1.0302) 6.Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (GPS 1.0309) 7.SBP Integrasi Gombak (GPS 1.0375)) 8.Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.0377) 9.Sekolah Menengah Sains Rembau (GPS 1.0408) 10.Sekolah Sultan Alam Shah (GPS 1.0434) 11.SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (GPS 1.0499) 12.Sekolah Menengah Sains Selangor (GPS 1.0538) 13.Sekolah Tuanku Abdul Rahman (GPS 1.0575) 14.Sekolah Menengah Sains Tapah (GPS 1.0595) 15.Sekolah Seri Puteri (GPS 1.062) 16.Sekolah Menengah Sains Kuching (GPS 1.0707) 17.Sekolah Menengah Sains Muzhafar Shah (GPS 1.0711) 18.Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (GPS 1.075) 19.Sekolah Menengah Sains Miri (GPS 1.0772) 20.Sekolah Menegah Sains Johor (GPS 1.0781) 21.Sekolah Menengah Sains Machang (GPS 1.0802) 22.Sekolah Menengah Sains Lahad Datu (GPS 1.0827) 23.Sekolah Dato' Abdul Razak (GPS 1.0923) 24.Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (GPS 0983) 25.Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (GPS 1.0989) 26.SBP Integrasi Sabak Bernam (GPS 1.099) 27.Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (GPS 1.1006) 28.SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (GPS 1.1062) 29.Sekolah Menengah Sains Pasir Putih (GPS 1.1104) 30.Sekolah Menengah Sains Dungun (GPS 1.114) 31.SBP Integrasi Kubang Pasu (GPS 1.1149) 32.SM Sains Sultan Mohamad Jiwa (GPS 1.1209) 33.Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (GPS 1.1221) 34.Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (GPS 1.124) 35.Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (GPS 1.1243) 36.SBP Integrasi Rawang (GPS 1.1296) 37.SBP Integrasi Gopeng (GPS 1.1373) 38.SM Agama Persekutuan Kajang (GPS 1.1376) 39.SM Agama Persekutuan Labu (GPS 1.1485) 40.Sekolah Menengah Saisn Teluk Intan (GPS 1.1493) 41.Sekolah Menengah Sains Labuan (GPS 1.1496) 42.Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (GPS 1.1581) 43.Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (GPS 1.1585) 44.Sekolah Berasrama Penuh Tun Abdul Razak (GPS 1.171) 45.SM Sains Sulatan Haji Ahmad Shah (GPS 1.178) 46.SBP Integrasi Temerloh (GPS 1.1951) 47.SBP Integrasi Selandar (GPS 1.1954) 48.Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (GPS 1.2491) 49.Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (GPS 1.25) 50.Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (GPS 1.2549) kalau tengok ranking PMR 2012 ni, kebanyakkan sekolah-sekolah premier ataupun yang ada title Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) tidak berjaya menonjol di tempat yang teratas. contohnya MOZAC dan STF. keputusan mereka pada tahun ini kurang memberangsangkan. walaubagaimanapun, kemunculan SEMASHUR yang mendominasi ranking PMR SBP 2012 cukup memberi satu nafas baru kepada keluarga SBP se-Malaysia. setidak-tidaknya, wujud persaingan yang sihat sesama kita. tahniah kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang! p/s : tak sabar nak tengok ranking SPM 2012. sekian. terima kasih.

Monday, 26 November 2012

novel : september yang pertama

assalammualaikum dan salam sejahtera. secara tiba-tiba, aku rasa berminat nak berkongsi pendapat aku mengenai novel yang aku pernah baca. baru-baru ni aku sempat khatamkan novel "september yang pertama" nukilan Antasya Balqis.

harga : RM 22.90 ISBN: 978-967-0184-57-9 ada 592 halaman. tak tebal sangat la.. mula-mula, aku baca buku ni, macam boring, sebab terlalu banyak plot yang ada. watak pun banyak jugak. kadang-kadang aku terkeliru dengan watak dia. tapi aku teruskan membaca la. sebab alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. lepas tu, di pertengahan cerita ni, aku rasa novel ni banyak nilai-nilai kemanusiaan dia. boleh tahan unik jugak la kisah jodoh pertemuaan Israr Hidayat dengan Mithali. bagi aku, penulis berjaya menunjukkan betapa kuatnya jodoh antara Israr Hidayat dan Mithali. Mithali bagi aku sangat hebat. dia seorang anak yang sangat baik dan penyabar. dia sangat mementingkan perasaan orang lain berbanding dengan perasaan dia. dia jugak ikut kata ayah dia. respect la orang macam ni. lgi satu, pasal watak Aneesa yang dulu seorang model popular, tapi dia lumpuh kaki dia. tak ingat sebab apa dia lumpuh. kat sini, kita boleh ambil kesimpulan, hukum karma dunia, kadang kala kita di atas, kadang kala kita berada di bawah. :D ok. aku rasa sampa sini je review aku pasal novel ni. kalau korang semua nak rasa kelainan dalam membaca novel, boleh baca novel "september yang pertama" ni. rating aku: 3/5. :D

Saturday, 27 October 2012

raya haji 2012

assalammualaikum warahmatullahi wabaraktuh. dah baca talbiah di atas tu? seperti biasa, setiap kali menjelang HARI RAYA AIDILADHA, bacaan talbiah lazimnya akan dilaungkan, tanda seruan umat Islam menyahut panggilan ILLAHI di kota Mekah. tapi, tidak semua umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah haji pada waktu yang sama. oleh itu, sambutan aidiladha di seluruh dunia akan diwarnai dengan bacaan talbiah. dan pada tahun ini, buat julung-julung kalinya aku beraya jauh daripada pandangan keluarga. tak pernah tak raya dengan family. sebab aku study di Sarawak. nasib baik, roommate aku baik gila. dia ajak aku balik raya dengan family dia. banyak pengalaman baru yang aku dapat ketika beraya dengan family ADI. apa yang aku boleh cakap kat sini, satu hari tu, perut memang penuh dengan makanan. 4 rumah kitaorang pergi, semua ada makanan. ketupat, rendang ayam, rendang itik, kuah lodeh, laksa penang, kek lapis 3-4 jenis, kek coklat, rendang daging. tu yang sebelah pagi. lepas tu, siap ada sesi malam pula. yang belah malam paling special. BBQ. perhh. memang kenyang punya la. BBQ ayam, itik, sosej. ramai jugak family 'mak nek' si adi ni. macam dah jadi mini kenduri malam tu. best gila.
budak perempuan tu, nama dia SARA. sepupu dak Adi. kebetulan hari jadi dia waktu Aidiladha. parents dia buat birthday party untuk dia. ayah dak SARA ni orang melaka gamoknyaa. Cheng. tapi dah 12 tahun pindah ctok(sini dalam bahasa sarawak). cer nengok kek dia. aku sendiri tak pernah tengok kek yang pelik macam ni. tengok macam mana parents nak bahagiakan anak mereka. nanti bila dah besar, kita jangan lupa pulak nak balas jasa mereka. waktu kecil lagi ni pun, kita kena ikut cakap mereka. jangan melawan. :D
yang ni gambar 'tok nek' dengan 'mak nek' ADI. waktu sambut birthday SARA, 'tok nek' baca doa. yang lain tukang amin kan. mendoakan yang terbaik untuk birthday girl.
yang ni, sebahagian family ADI. roommate aku yang tengah berdoa tu. khusyuk berdoa. haha. the rest, his relatives.
ni waktu malam, BBQ. lazat hingga menjilat ibu jari. semua berkerjasama. bagai aur dengan tebing. yang tukang kipas, yang tukang sediakan makanan, yang tukang angkut meja. aku bangga sebab jadi tukang angkut meja. dapatlah menolong apa yang patut. overall. family ADI memang superb! walaupun aku ni orang luar, tapi depa dok melayan aku macam one of their family. haha. thanks a lot! here, the end of the story. see again! chao. adios!! twitter : @asyraf_209

Sunday, 23 September 2012

1st semester

hello readers. it's have been long time i didnt write anything here [frame by frame]. and luckily, i managed to be the stealer. time stealer. i decided to spent few times here. to update this blog. today is 23rd of september. means that i have only less than a month preparation for my final exam semester one. but what have i done? i'm acting like the final exam will be easier than the past exam. dont me ever to dream of it right now dude. wake up!! lately. i felt i always lost in anything i did. my tutorial was very clean and tidy on the DOUBLE A A4 paper. and all my bio notes were here and there. i cant find them whenever needed. what happen to me! until now, my study desk was very messy. should buy another file to compile them neatly as what sensei taught me during high school. so guys. this week im gonna face very tools and events. i will have chemistry lab on monday afternoon. then, PBL on the next day. continue with UV during the afternoon session. wednesday, as usual KoK. thursday got biology lab. ended with IT after jumaat prayer. that only stated in the schedule. as an addition. two assignment got the same date of submission.IT & maths. MAY HE EASE MY WAY. AMEEN.. guys, need your support. do pray for me.

Twitter : @asyraf_209

Sunday, 26 August 2012

cuti raya :)



pejam celik, pejam celik, dah dua minggu dah sejak aku mula bercuti raya. sumpah sekejap rasa dia. macam baru je balik semenanjung. dah kena balik sarawak balik. hari ni tadi aku gerak keluar rumah pukul 4.11pagi. highway memang clear. kereta tak banyak. sedap ar nak drive. aku sampai kolej pukul 10.30 pagi. lepak-lepak jap pastu baru sekarang aku siap kemas barang.

entry kali ni, memang aku nak rewind balik apa yang aku buat sepanjang cuti ni. mostly pasal jalan raya la. let's start now.


yang ni, jalan beraya rumah ALONG gua. semua pelik. apehal aku panggil dia ALONG. sebab umur sama. chill brah&sis. meh aku explain. macam mana nak explain? macam ni la. sebabnya aku ada dua orang adik-beradik je la rasanya. saja nak tambah adik-beradik.

on that day, aku, aus dengan iman lepak rumah ALONG agak lama. mulanya kitaorang nak pergi banyak rumah, tapi malang dia ramai yang takda kat rumah. jadi melepak la lama-lama kat rumah ALONG. sumpah kenyang. thanks makcik. masakan sedap. mee goreng dia. terangkat.. HAHA.


this one, has been taken at BALYA's. tak plan sangat pun. time ni, MACHINANT muar naik melaka. aku pon nak jumpa dak FUZA. sebab dia dah nak fly 13september ni. kalau tak jumpa raya ni, lagi 5-6 tahun akan datang baru jumpa. aku kenal FUZA dari form1. he'sone of the best friend ever had. hidup dia chill, belajar malas, banyak main. tapi one thing, he's smart! FUZA, salute doe kat kau. jaga diri baik-baik kat jordan sana. :')
nanti jumpa lagi.



gambar ni, beraya dengan cikgu sekolah rendah. kitaorang memang rapat dengan cikgu ni. nama dia roszaidah bt musa. dulu beliau ajar aku sains. sekarang ni, dah ajar maths. agenda wajib tiap-tiap tahun kitaorang datang raya rumah beliau. kecuali tahun lepas. SPM. :) terima kasih cikgu untuk nasi ayam yang sedap. perut lapar. memang aku membaham nasi ayam cikgu buat tu. haha..





tiga gambar di atas, time rumah raihan buat kenduri kesyukuran. ramai jugak MACHINANT yang datang. ty rehan sebab jemput. jumpa poie. dia pon nak fly 13 september ni. rumah rehan penutup untuk aktiviti cuti raya.






dua minggu, memang sangat sekejap. tapi nak buat macam mana. sekarang ni, aku dah pun jejak kaki balik UNIMAS. nak tak nak, aku kena bangun dah mulakan langkah baru. dua-tiga bulan lepas, macam tak berapa nak ok. aku kena bangun! kesian mak bapak aku carik duit, hantar aku belajar sini. sedih bila pikir benda tu. insyaallah. akan aku cuba yang terbaek!! korang semua pun, doakan lah aku jugak.


last sekali. SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR & BATIN. :)

terima kasih sebab sudi membaca.

Monday, 30 July 2012

pengajaran

assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

unlucky day maybe. that's my assumption for today. because i started to lose my mood. fuhh!
since looking at Maths's Assignment, not only cause headache, but also ruined my day. oh ALLAH. give me the strength to face the coming day. i'm really need that. i dont care if the questions are a lot in numbers as long as it is still in the syllabus. i'm really appreciated it if i got many questions that in the syllabus. but.. hmm. never mind.

and just now. my chemistry lab was too bad. i cant gave my very best. our result are incorrect. just only the beginning of the experiment, we faced lots of problems. and now i had decided, whatever it is, i have to settle down that assignment as sooner because it will only keep my mind in trouble. seriously. *dah macam ghost story la. haunted gila

so, i dont want to write more, because i want to settle down all the assignment first. k. see you guys. please pray for me. :')

Tuesday, 24 July 2012

ramadhan

assalammualaikum dan salam sejahtera.
alhamdulillah. hari ini dah masuk hari ke3
bulan mulia RAMADHAN AL-MUBARAK 1433H ini.

memang. sekejap je rasa masa berlalu. aku pun di bumi kenyalang ni tak begitu terasa yang masa berlalu dengan begitu pantas. semalam, tiba-tiba je aku teringat bahawa MIDSEM exam minggu depan je kut. YA ALLAH. biar benar? memang benar pun. dengan minggu ni, tiba-tiba banyak assignment keluar sekali gus. paling tak boleh bla assignment MATHS. it's just very outstanding question bebeh. tersedak jugak la bila first time baca soalan tu.

tapi berdasarkan bulan RAMADHAN yang mulia ni, kita kena banyak-banyak bersabar. biar bersusah payah sekarang. nanti bersenang kemudian hari. minggu ni. rasa free sikit sebab segala sesi makmal, PBL dan OSPE tak ada. sebab apa? minggu lepas turn kami, HAYAT 1. so minggu ni, giliran group lain.

cuma sekarang ni, aku kena siapkan tutorial bagai semua tu. so guys yang membaca ni. harap doa kalian mengiringi perjuangan aku di sini. fighting!

ok la. almost 6.51pm. masa untuk bersungkai bagi kawasan ZON 7 SARAWAK.
aku rasa nak tamatkan penulisan di sini. insyaallah ada masa dan rezeki, jumpa lagi di ruangan yang lain. marilah sama-sama kita merebut pahala yang berlipat-lipat ganda ini di bulan RAMADHAN AL-MUBARAK.

pada yang berpuasa. selamat berbuka. :)

Thursday, 19 July 2012

salam ramadhan




diam tak diam, setelah setahun berlalu. kini bulan
yang mulia itu bakal menjelma kembali.
sudah tentunya, kehadiran RAMADHAN pada kali ini,
cukup dinanti-nantikan oleh umat ISLAM kerana
tika ini, syaitan-syaitan laknatullah itu
akan diikat daripada mengganggu umat ISLAM terus beribadah.

seharusnya, kita mengambil kesempatan yang diberikan oleh
ALLAH ini kepada hamba-hambanya yakni, kita bebas dari
segala hasutan dan bisikan syaitan.

namun demikian, setelah sebelas bulan, syaitan membisikkan
kata-kata godaan yang menghanyutkan kita ke jalan yang lagha.
adakah mampu untuk kita terus menjadi umat yang baik 100% secara drastik?

jawapannya, tepuk dada tanya iman.

justeru, dengan berkat bulan RAMADHAN ini. ayuhlah kita
bersama-sama mempertingkatkan amalan dan secara tidak langsung
kita dapat memperbaiki diri yang serba kekurangan ini.

eceh. dah macam USTAZ DON lak aku menulis. tapi untuk menyampaikan
sesuatu yang berkaitan agama, kena serious sikit. kalau tak, nanti
nampak macam tak serious.

kalau tak ada aral. esok malam dah start solat terawih.
esok subuh jugak akan bersahur. dan sabtu bermulalah 1ramadhan.

walaupun 1 ramadhan aku tak dapat balik berpuasa dengan family.
tapi aku rasa. i'm fine. no problem la. insyaallah.
menimba pengalaman di tempat orang. nanti, minggu terakhir puasa.
dapatlah aku balik.

dan bulan puasa ni. akan ada exam! woo. sebelum balik rumah beraya!

aku rasa dah tak da apa nak tulis lagi. selamat berpuasa.
JANGAN PONTENG!

Friday, 13 July 2012

berpisah juak kita. sahabat

assalammualaikum dan salam sejahtera.

fuhh! this week was full with sadness bro.
serious. sebab minggu ni ramai gilak kawan-kawan
kat UNIMAS ni dapat offer MARA & JPA.

baru tadi aku dapat tahu. JOSHUA & DYLAN dapat offer gak.
tapi JOSHUA tak pergi. DYLAN still in dilemma. sama ada nak pegi atau tak.

but this entry, i wanna write down special about my friend.
who was my best friend here. but he had back to peninsular MALAYSIA
because he'll be doing IB at ipoh. MARA programme dude.

let me introduce him.

full name : ABD RAHIM BIN ROMLI
secondary school : SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN ABDUL HALIM (SEMSAH)
place of living : SUNGAI PETANI
matrics no : A1200011
*also learnt JAPANESE

what else? blank jap.
let me make it short. budak ni kembau empat.
muka iras dua-dua. maksudnya dalam empat orang tu.
maksudnya. dua orang muka sama. pelik gak doh masa aku dengar tu.
tapi kuasa ALLAH sapa boleh halang.

pastu, dia budak semenanjung.budak SBP lak tu.so senang ar nak citer.
susah doh nak carik member yang boleh ngam, pastu macam tak kerek.
dah tu, boleh tolak ansur sikit-sikit ar an. macam tak berkira sangat.

kalau aku mintak tolong sikit. insyaallah dapat lah dia tolong.
sini jauh doh dari mak bapak. HAHA. dulu boleh mintak mak bapak datang,
kalau barang tak cukup.

pastu aku selalu ajak dia gi sana-sini. nak-nak kalau nak keluar
gi town.

pastu selalu gak aku nganjing dia sebab dia suka satu artis ni.
pastu, semua lagu yang aku dengar, semua dia komen.
macam shit doh perangai dia. HAHA.

at last, found lah orang yang spesis macam machinant.
tapi baru sebulan lebih. dia dah blah.
pergi MARA. 2 tahun lagi ke INDIA. MEDIC.
respect ar doh kat kau. hebat.

apa-apa pon. aku doakan kau berjaya.
kau dah confirm dapat jadi doktor doh. aku kat sini.
kena pulun habis-habis lagi. nanti ada rezeki boleh jumpa lagi.

lastly. aku nak mintak maaf kalau ada salah-silap.
halal makan minum.

nah. tengok gambar bawah ni.XD



time ni diorang hantar aku airport. time nak balik MELAKA.


aku dan RAHIM.



dengan geng JPMU sebelum RAHIM gerak.


some of HAYAT 1 classmate.


DANIAL, RAHIM. dua-dua nak pindah keluar UNIMAS :(






perhh. sumpah terharu doh!




ok. dah tak de gambau lagi.
sampai sini je ar. nak tidor.
penat pergi waterfront.
demi sesuap dinner.
jumpa lagi nanti.
goodbye. XD

Tuesday, 10 July 2012

kawan.

assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kerana anda semua sudi meluangkan masa membaca blog ni.
walaupun saya bukanlah seseorang yang ternama,
namun saya berusaha untuk menukilkan satu
penulisan yang bermanfaat.

baiklah. saya nak mulakan penulisan hari ini.
segalanya berkaitan dengan sahabat.

ya, sahabat. sesetengah lebih gemar menggunakan istilah
member, kawan, rakan. walau apa pun istilah yang digunakan,
ianya merujuk kepada insan yang kita kenali.
walaupun perkenalan itu berlaku dalam setengah minit yang lalu.

secara jujurnya, bagi saya, sahabat itu merupakan satu anugerah
ALLAH kepada manusia itu. bayangkan lah kehidupan kita sebagai khalifah
di muka bumi ini, tanpa kehadiran sahabat?

sahabat merupakan tempat yang ideal untuk kita meluahkan
rasa suka, duka. sahabat memang istimewa.

walau bagaimanapun, kelak, pasti akan ada perpisahan
dalam hubungan persahabatan itu.

pada ketika ini, sangat perit untuk menerima hakikat.
kawan yang dahulunya tempat kita berkongsi suka,
melepak bersama-sama, akhirnya dia terpaksa pergi
atas pelbagai urusan.

walaupun pada hakikinya, kita sukar menerima takdir tersebut,
namun sebagai seorang ISLAM, kita wajar untuk menerima qada' & qadar.

sekarang ni, di bumi UNIMAS, semakin ramai sahabat yang
meninggalkan UNIMAS untuk menerima program tajaan MARA.

dahlah susah nak cari kawan-kawan yang best. (AZRI, RAHIM etc)
pastu diorang akan pergi.

kat sini, aku nak wish GOODLUCK kat korang semua.
semoga korang dapat merealisasikan impian korang dan ibu bapa.

insyaallah, ada rezeki. kita jumpa lagi.

_FRIENDS TILL THE END_

Sunday, 8 July 2012

balik kampung!

assalammualaikum dan salam sejahtera.
sekarang ni, aku baru sampai bilik.
aku balik kampung cuti jumaat-ahad ni.

aku balik pun sebab ada promo AIR ASIA doe,
tak cuti pon. tapi saja-saja balik.

almost a month aku tak jumpa family.
pastu dah ada promosi. apa lagi.
balik la. lagipon minggu lepas agak kencang jugak.
dengan exam berbagai-bagai. kerja itu ini.
campur dengan minggu ni lagi.
so, better if i go back to hometown,
and get some refreshment there.

ada yang cakap.
tak berbaloi nak balik, tiga hari je kot.

tiga hari ke, dua hari ke, as long as balik MELAKA.
itu dah sangat best! at least i felt that i had recovered
myself from the headache. not too much la.
maybe not headache, but it's more about boredness.
seriously, still looking the "MACHINANT'S" type of people here.
unfortunately, it's very hard to find somebody like "MACHINANT'S"

so, let the people overhere to continue labelling and judging people
as long as they didn't cause any harm to the others.

come'on. we're now a teenagers. every one got mind,
and let's use it wisely.

whatever it's. i watched THE AMAZING SPIDERMAN.
kat AEON BANDARAYA MELAKA. lots of people over that yesterday.
not sure why, but it was very obvious. people parked their
cars everywhere including at the side of the roads.
about the movie. it was totally awesome.
thumbs up.



thanks for the whole of my family.
parents, grandparents, uncle and aunt.
:)

then, i should stop typing now.
wanna have some rest.
bye!

Thursday, 5 July 2012

FATE.

hai. long time i'm not updating this blog. and now
i'm take all the spider webs out from here. uhukk.
the effect of dust. but not that extreme condition actually.
so far. i'm good and do well here. just last tuesday and wednesday,
i just sat for the diagnostic MATHS, CHEMISTRY & BIOLGY.
quite hectic week. luckily i'll be home tomorrow.

so by now. i'm going to share about the news that i heard
in this two weeks. by now, everybody just saying these:

" alhamdulillah, i finally managed to get MARA "
" weii, aku dapat program MEDIC mesir/india "
" si polan tu dapat GMI/MMU etc "

oh really? untunglah korang semua. i'm happy for hearing it.
finally, they got what they want. that's more important.
but sometimes, when i was alone. i'll think back.
they managed to get the scholar. and now they are going around the world.
but what happen to me? i just only can staying here. BUMI KENYALANG.

there are some friends of mine, just arrived not even a month,
but now, they got the offer. seiously, i'm very jealous with them.
they are secured and their seat have been reserved.
let's say, they applied for medic, for sure they'll be a doctor.

but now, it's different in UNIMAS. i'm here for LIFE SCIENCE FOUNDATION.
for one years. it's the same like matrics. later i'll tell the difference
and similarities between ASASI&MATRICS.

back to the topics. in UNIMAS. they only offered 50 places for the
Degree of Medicine Doctor. out of more than 200 students of hayat.
now, you see, how we're going to compete each other.
the facilities is not enough to take more students doing degree.
in addition, UNIMAS will also take the STPM & Matrics students.

other than that, there are no dentistry here. or pharmacy.

the second choice other than medicine are biotech, zoology,
kimia sumber etc.

when the first time i heard about that, i just felt,
WHATTA!! ho i'm gonna to got the chance.
let's say that about 100 students got 3.9++ pointer,
so the rank from 51-100 will be eliminate to join the medicine. :'(

so, for those who got the offer from MARA. i wish u luck guys.
grab the opportunity because it just came once.
and now, i'm gonna to continue with all the staff needed to submit soon.
later on will se again.
bye!

Friday, 22 June 2012

welcome SYAABAN

assalammualaikum dan salam sejahtera.
praise to ALLAH because giving me time to update my blog.
today is 22 of June 2012.
and today is 2 syaaban in ISLAMIC CALENDAR.

and when i went to JUMAAT PRAYER just now,
the khutbah also talked about SYAABAN.

actually, there are many specialities of SYAABAN.
as many people always taught that when we are in SYAABAN,
we can do anything bad because the next month will be
RAMADHAN.

guys, i also want to remind myself that our thinking are
totally wrong. because in SYAABAN, we should improve ourselves
before the coming of RAMADHAN.

puasa sunat. this ibadah are very recommended because our Prophet,
Nabi MUHAMMAD s.a.w also do it regularly during SYAABAN.
so why not us give a try. maybe if not regular,
we should try. the most important thing is IKHLAS.

so. let's enjoy this SYAABAN with doing more ibadah.
and next month, will be RAMADHAN. :)

sekian.

Thursday, 14 June 2012

permulaan ASASI

assalammualaikum dan salam sejahtera.

hari ini, hampir tiga minggu aku berada di BUMI KENYALANG
ini untuk menuntut ilmu di KAMPUS TIMUR UNIMAS.

tiga minggu? cepatnya. ok. aku tak mau buang masa.
kenapa aku tulis entry pasal ni?
sebab utamanya, hari ni aku amat merasakan satu
kelainan yang sangat dahsatt sepanjang hidup aku menjadi pelajar.

apa yang dahsatt sangat tu? aku bukan macam nak ye ye je.
tapi ni apa yang aku rasa. dan aku nak berkongsi saja.

kelas kami bermula minggu lepas, tapi banyak kelas yang tak
mula lagi. jadi adalah kelapangan yang banyak untuk kitaorang
bersantai kat bilik. make it short, no pressure la.

tapi hari ni, semua kelas aku ada.
bermula dari pukul 8.00am-10.00am.
subjek MATHS by MR HUD. aku macam tiba-tiba rasa MATHS tu
mudah sikit la compared to what i felt during my secondary time.
not to compare my previous teacher. but maybe i learn to accept
the interesting of learning MATHS.

tadi, kitaorang belajar SURDS and LOG. :)
not bad. aku dah salin semua jalan kerja
yang MR HUD bagi sebagai contoh kat depan tu. but the rest,
he told me to do on our own. yeahhh. ada la jugak point nak revise maths malam ni.

then, we continued with CHEMISTRY by MR JAY.
as usual, lots of laugh in his class.
seriously, i'm worried with my chemistry.
but i'll try to put it aside and think positive about CHEMISTRY.
as what he said, in our life, many things relate with CHEMISTRY,
especially in relationship. HAHA. bila dia dah mula cakap pasal benda ni,
mesti akan ada lawak-lawak spontan dia. steady laa.

oh. aku lupa nak cakap waktu kelas CHEMIST ni.
mula 10.30am habis dalam 12 lebih macam tu.

tadi kitaorang belajar pasal PRECISION, ACCURANCY.
and last sekali, DIMENSIONAL ANALYSIS. macam tu la. :D
part yang DIMENSIONAL ANALYSIS tuh yang macam serabut sikit.

actually, this method is to solve mathematics problems
that applied in chemistry. apa yang spesel nya benda ni ialah
dia tidak memerlukan banyak space untuk kira-kira.

tak nak explain benda tu kat sini. nak tau? cer google :)
sebab macam penat nak recall. #alasan je tuh. sebenarnya malas. HAHA

tapi memang serabut la kejap otak aku. tapi bila dah banyak
orang jadi mangsa pertanyaan aku, cuma lecturer je aku tak tanya.
slowly, aku dapat paham benda alah tu.
and our lecture was ended with QUIZ.
warghhh!!! quiz. gila la, tak inform awal-awal.
tapi nasib tanya soalan pasal satu soalan je.

then, aku ngan rahim pergi KFC, lunch.
pastu dapat tahu SUKSIS jual buku reference yang siap potostat.
singgah sana kejap. aku beli Q&A chemist dengan bio.

terus balik bilik. rehat kejap. then 1.45 keluar pergi lab.
peraturan, wajib kasut bertutup penuh & pakai lab coat.

time ni sangat enjoyable laa. ada 5 stesen yang berbeza.
kiatorang bergerak ikut grouping yang diaturkan.
best gila. belajar ukur kelawar, burung, pegang micropipette,
guna microscope, melukis anatomy structure. (Y)

and only now, 5.45pm. i just check-in to bilik.
what a very tiring day.but i believed, this was only
the beginning of my life here.
i'm sure, that it will be more harder after this.
so, i have to be well-prepared mentally and physically.

tolong doakan aku di sini.
i will aim my 4flat accurately :D
and it is the end of my writing today.
thanks for reading.

Thursday, 7 June 2012

MACHINANT

assalammualaikum dan salam sejahtera.
almost a week i didn't updating my blog.
currently internet service kat sini
not so good. kadang-kadang putus.
plus, semalam MR RIDHWAN just
gave us an assignment for his BIOLOGY.
but luckily he didn't ask for the difficult one.

but, the assignment still gave me an early symptoms of headache.
hailaa. but alhamdulillah, i found a way to
finished up the assignment. alhamdulillah!

memandangkan, esok kuliah start pukul sepuluh.
so i think i have enough time to update this blog.

about MACHINANT. this word describe my batch at
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka.
our batch are "DEUS EX MACHINA". and the people
are called MACHINANT.

don't know why, but lately i always remember of them.
because they are really super-dupa the best friend.

just a few minutes ago. APEK text aku via LINE.
perhh. gila terharu dohh pek. aku sekarang ni
dah la macam kacau sikit. sebab kawan tak berapa
nak ada. pastu hang text lak ann. memang terbaik la kau.

siap bagi nasihat bagai! tanya kabar semua.
kalau kau jadi YB. confirm aku undi kau doh pek :D

yang lain pon ada jugak tanya-tanya kabar.

dah kat sini, tiga orang je MACHINANT.
pastu dua perempuan. aku sorang laki.
nasiblah ada roommate aku yang best. ADI.
bdk mrsm kuching. dia dok dekat sini je.

pastu dua hari lepas, lima budak semenanjung sekali daftar.
tiga kembar dari kedah. dua dari seghomban.
hahh. baru lega sikit. macam nampak ramai jugak lah budak semenanjung.

bukan maksud aku budak sarawak semua sombong. tak langsung doh.
diorang seriously friendly. banyak tolong aku. tapi nak cari geng
time balik raya nanti. HAHA. boleh share duit cab nanti.

tapi serious lah. MACHINANT sangat terbaekk dari ladang!
lawak, perangai semua tip top.
walau kekadang rasa macam tensen je.
tapi korang serious the best!!
harap tak putus doh frensip ni.
ok.adios!!



guys that are havoc all day and night



last day being student of SBPIS



kawan PREFECTs yang banyak mengajar (Y)



SISME HACKERS yang memang gempak habis!
jom main hoki lagi :D



during VAR FARVEL dinner.

ALWAYS MACHINANT!!!!

Monday, 4 June 2012

kecewa

بسم الله الرحمن الرحيم

assalammualaikum dan salam sejahtera.
hari ni macam akan ada banyak post daripada aku
sebab aku nak memanfaatkan masa yang terluang
yang masih ada ini untuk berkongsi pendapat, cerita & pengalaman.

jadi seperti yang telah dinyatakan dalam tajuk utama,
entry ini merujuk kepada KECEWA.





sebenarnya, secara fitrahnya, boleh dikatakan semua manusia
tidak ingin berasa kecewa atau dikecewakan.

tapi

untuk membuat seseorang itu kecewa, mungkin ada.
walau bagaimanapun, kita tidak boleh dengan mudahnya ingin
menghukum seseorang tu hanya berdasarkan pandangan secara fizikal sahaja.
seharusnya, orang yang sebegini perlu diberi ruang dan peluang
yang sewajarnya agar kita dapat mengetahui asbab yang mendorong
mereka melakukan kekecewaan terhadap orang lain.

dari sudut pandangan yang berbeza pula, manusia yang membuat
orang lain kecewa ini perlulah sedar diri secepat mungkin.
kerana tanpa disedari mahupun tidak, perbuatan mereka
ini hanya akan mendatangkan masalah kepada diri mereka kelak.
kerana dosa kita sesama manusia hanya akan diselesaikan sesama manusia.
selagi tiada keampuanan yang diberikan, selagi itulah kita menanggung
dosa di atas perlakuaan kita tersebut.

baiklah. aku ingin meneruskan lagi entry berkenaan kecewa.

kali ini berdasarkan pandangan dan diselitkan sedikit dengan
pengalaman yang mungkin tidak seberapa ini.

kadang-kala, secara fitrah manusia. kita mudah untuk mengharap sesuatu.
ayuh kita luaskan skop pemikiran itu secara meluas.

> kita mengharapkan kejayaan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan

> kita mengharapkan agar si DIA menyukai kita kerana kita menyukai si DIA

> kita mengharapkan untuk mendapat kawan-kawan yang baik

> kita mengharapkan untuk menjadi seorang yang berpangkat besar dan ternama

namun, ada kalanya harapan yang kita sandarkan tinggi di langit itu, tidak kesampaian.

pada ketika inilah, kita akan berasa sangat kecewa. down. frust. dan yang sewaktu dengannya.

macam-macam yang bermain di minda kita ketika itu.

" ini tidak adil tidak adil bagiku. #lagu yuna "

" aku dah buat yang terbaik, tapi kenapa tak dapat jugak? "

dan macam-macam lagilah benda yang terlintas dalam fikiran kita.

bagi aku, itu perkara biasa. normal lah kan, kalau kita tak dapat
apa yang kita nak tu. nak marah ke apa ke, just go on. but with one
condition, jangan buat perkara yang di luar syariat dan batasan.

aku pon penah rasa emo gila. nak-nak lepas result SPM keluar.
macam tak percaya lah kan. but believe in faith.

justeru, apakah yang harus kita lakukan?

= bila dah rasa hilang sikit marah tu, kita tenangkan pula fikiran
takkan selama-lamanya kau nak marah je, kan?
let by gone be by gone. pi lantak lah yang lepas tu.
now we have to rebuild ourselves.
we generate our new identity.

= kita renungkan apa yang dah jadi

maksudnya kat sini macam kita rewind balik hidup kita yang lepas tu.

contohnya. i you got failure in examination. but you said that you had a very enough preparation. mungkin kat sini, kita rasa kita dah cukup bersedia, walhal itu hanyalah
separuh daripada persediaan yang diperlukan untuk berjaya.
in conclusion, kita kena melipat kali gandakan usaha daripada yang terdahulu, hanya
jika kita tidak mahu gagal untuk kali kedua.

frankly speaking, aku memang tengah kecewa sekarang. sebab tu macam datang ilham
nak share benda ni. this is only my opinion. if you have another better opinion,
just share with us. benda baik harus dikongsi.

sekian.

TRIP GAWAI - 2

ok. nak sambung terus. senang.

hari kedua pula ialah pada hari ahad.
kitaorang rancang keluar seawal jam lapan.
and pak cik zakaria pun datang bagi dua kereta
pukul lapan pagi.tu dak fahmi dengan harith yang urus.

then. harith bbm aku cakap the ladies were not ready yet.
especially dak sania. HAHA. so, lepak bilik harith.
lagipon harith dengan fahmi roommate.
diorang pon orang semenanjung jugak. sorang johor sorang selangor.

hari ni, ada tour guide, soleh. dia budak kota samarahan jugak.
rumah sekangkang kera dengan unimas. dia balik rumah,
tapi dia datang unimas sebab nak guide kitaorang.
nice one lah brader! TY very much!

semua dah ada. apa lagi. jalan daa.
konvoi dua kereta. malam sabtu pon dua kereta jugak.
tempat pertama kitaorang pergi. THE SPRING.
tempat tu kira mall la. memang mall pon.
view macam AEON Bandaraya Melaka.
ada wayang jugak. so takde lah mundur sangat aku kat sini.
kedai pon standard semua.
ok la. apple store pon ada,MPH, F.O.S, Seleb. Fitness, SR.
banyak lagi la.kang tak memasal post ni penuh dengan nama kedai.

kat sana, kitaorang makan tengahari. sebab tak sempat sarapan.
so, kira breaklunch. T.T
tak kesah lah beb. dah puas jalan.
kitaorang gerak ke Kuching Waterfront.

ke sini lagi. hurmm, boleh la..
tapi kali ni, naik bot pulak.
ke Bangunan DUN Sarawak.
yang lain macam sikit design dia tu.
tapi smart. ada tangga pusing-pusing kat situ.
so naik atas, tengok view dia.

thumbs up. sangat nice. nampak gunung santubong eh?
not sure about the name. pastu nampak astana.
terbaik toq! masa kat atas, ada couple of Spanish kot.
depa dok offer diri nak snap gambar kami.

" SAY CHEESE "

woww. ok. pastu tak lama lepas tu.
langit mendung tiba-tiba. hujan pon dah mula nak rasa.
naik sampan balik, pergi seberang.
seberang ni bukan indonesia, tapi
seberang tu ialah tempat kitaorang datang tadi.
waterfront senang cerita.



then continue our day dengan pergi GIANT TABUAN JAYA.
nak solat zohor kejap.pastu ada yang naik beli fail.
stationaries lah banyak. aku? tak la. aku dah hangkut
semua kat POPULAR AEON BANDARAYA MELAKA dengan si apek.
cuma fail je takda. balik raya kalau perlu baru beli.

siang masih muda. kami ke satu tempat ni,
soleh bawa, satu bangunan dia ialah tempat IT dan gadjet.
sebab si fahmi ada masalah dengan laptop dia.
tapi tak boleh settle jugak masalah tu.
ok. jom balik. balik unimas sebab soleh dah nak kena balik.

jalan licin, sebab hujan. so kena bawak slow.
teringat kes malam tu, yang banyak eksiden dalam satu masa.
gila punya kerja la. tapi bukan aku yang drive.
aku baru nak berjinak-jinak drive manual dalam kampus barat je dulu.

lepas hantar soleh, kitaorang keluar unimas lagi.
sekarang ni, perjalanan jauh lagi. ke serian.
air terjun ranchan, serian. kamik sik tau jalan.
tapi redah je. dalam 1 jam setengah.
sampai jugak kat serian. memang la..
macam jalan nak ke pahang kot.

ok. upload gambar jap. penat tulis dah.



masjid daerah serian. solat asar dulu.
masjid ni unik. banyak tangga. dinding pon senget.
memang design dia macam tu.



pintu masuk.



air terjun ranchan.


malam tu, lepas makan kat warung 2000 kota samarahan.
kitaorang decide nak jalan kat kampus barat pulak.
now, it's my turn to drive.
bismillah. ingat balik apa cikgu kereta ajar.
tekan clush, masuk gear. tekan minyak sikit #tapi aku tekan banyak.
dah ready, angkat clush sikit-sikit.
kereta gerak. alhamdulillah.
enjin tak mati sepanjang jalan!

aku berjaya.
YES I CAN!!

finally. sampai. penat gilos.
tidur la apa lagi.
sekian.

GAWAI HOLIDAY TRIP -1

assalammualaikum dan salam sejahtera.
hari ini 4 June 2012 bersamaan hari Isnin.

kiranya dah genap seminggu satu hari aku berada
di bumi Kenyalang yang bertuah. #lirik UNIMAS GEMILANG sikit.

as what i said before, we got four days of holidays
because of the GAWAI FEST. so that we're free from
the FRIDAY until today.

at first, i was decided not to go anywhere.
especially renting a car. in addition, my mum
always remind me about the safety at other's place.
but on last Saturday, i felt very bored,
plus all my home duty was completely done.

so i called my parents. wahh. suprisingly they were
in KL attending my cousin's engagement.
afterall. they gave me the permission, but
i have to behave myself and always keep safety.
- beres bos :) -

but on saturday, we just had our dinner at TOPSPOT.
actually, the food courts is located at the top of
the building, meanwhile, the rest are parking lots.

i had come here with my family during the holiday last february.
so, we took the order. but the mak cik said.

" KALAU MAUK ORDER, KENA TUNGGU SATU JAM "


we looked each other.

" ALAA, APA ADA HAL. BEDAL JE. TENGAH LAPAR "

after one an hour, the dishes were ready to eat.
there were siakap tiga rasa, udang goreng butter, and sayur.
what kind of sayur. lupa sudaa kamik.:D

the ending of the night was #undefined
firstly, we paid for the drinks.
ok. rm 38 overall. for 10 people.
and the last is for the food.

RM 98. hurmm, that's normal here.
it's call a real life.
no more nasi lemak at kantin rm 2.00
air secawan rm0.50.

but, whatever it is, we have to face it.
ok. will updating yesterday trip.
wait yooo!

mau wish, selamat hari gawai!!

Friday, 1 June 2012

UNIMAS GEMILANG


TERCIPTALAH SUATU SEJARAH
WUJUDMU DI PERSADA NEGARA
DI BUMI KENYALANG BERTUAH
MEGAH NUSA DAN BANGSA

BERINOVASI DAN BERWAWASAN
BERILMU BERPANDANGAN JAUH
INILAH HASRAT DAN HARAPAN
GEMILANG MENJUNJUNG WARISAN

TEGUH TERUNGGUL NAMAMU
UNIMASKU YANG GEMILANG
DENGAN PENUH KEIKHLASAN
KAMI WARGAMU DI SINI BERBANGGA

BUDAYA BERSIFAT SEZAMAN
BERSATU HATI MENCURAH BAKTI
JASAMU TIADA TANDINGAN
DISANJUNG DAN DIHORMATI

JASAMU TAKKAN KAMI LUPAKAN
SENTIASA TERPAHAT DI HATI
MENJADI LIPATAN SEJARAH
SEGAR MEKAR DALAM KENANGAN

TEGUH TERUNGGUL NAMAMU
UNIMASKU YANG GEMILANG
DENGAN PENUH KEIKLHASAN
KAMI WARGAMU DI SINI BERBANGGA

UNIMAS GEMILANG
UNIMAS GEMILANG


p/s: we have to memorise this song. firstly i thought i was only a task,
but lastly, i realise that this is one of the reason tobe more success here.
UNIMAS !!!

pendaftaran ASASI UNIMAS -day2

untuk pengetahuan semua. pendaftaran di UNIMAS ni ada banyak procedure.

1. kena daftar melalui e-Daftar. via online lah senang citer.
once, u got the offer from UPU, then u have ti sign-up
e-Daftar via UNIMAS portal. just follow the rules.

2. on the first day. u just only register your collegue.

3. on the second day, u are needed to register another forms including your x-ray, elaun KPT. semua.

so, my second day. in DEWAN UNIMAS, we're arranged neatly in line
to register. this is for the second part.
if i'm not mistaken, in the list given, the KPT offer for the allowance
is not mentioned. so i didn't prepared for it.

the time when my turn to register, they said that they need the letter.
omaii. tadi tak habaq awal2. tapi salah aku jugak lah dude. :D
then, i have to go back to the room, and took the letter.
dah lah cuaca dia kemain terik. eventhough it's still in the morning.

after finishing registration part, we're given tshirt for ASASI UNIMAS and a lab coat. wooo. eksited kemain. last part is, mentor-mentee station.
here, u'll given a group which will be your team along the MAP.
this group is also the same for mentor-mentee.

after all. you just finished the registration part!
but, the MAP is not finished yet. :)

pendaftaran Program Asasi UNIMAS

assalammualaikum dan salam sejahtera.
maaf sebab dah lama tak update blog ni sebab
jadual Minggu Aluan Pelajar (M.A.P)sangat padat.
hari ni, aku free for the whole day. so let's me
share the flow of my registration last sunday.

aku sebenarnya gerak dari KL hari sabtu.
ramai gilos family aku turun.
macam nak hantar pergi haji lak rasanya.
my flight was at 7.25pm because all the flight from
the morning till evening was fully booked. damn!!
but luckily we got a place in that flight.
only ayah and ibu will accompany me for the registration.
then, we'll arrived at the Kuching International Airport
around 9.25pm. we took a cab and went to the ABELL HOTEL. sleep T.T

the next daywas the registration day. i'm felt very excited.
and also nerbes. took a cab again to Kota Samarahan.
and the fees suprised us. the journey took half an hour
from the town.and i cost rm45. so i'm calculating that
how much it cost if i wanna go to tha airport?
so, the moral, i should keep money. this is not my place(peninsular).
lepas tu, kami ke DEWAN UNIMAS kampus timur.
waktu daftar tu, dia mintak borang:

> surat tawaran
> borang pendaftaran kolej
> borang matriks
that's all.

then aku ke bilik yang ditetapkan.
macam blur kejap. nak buat apa? nak kemas, barang tak beli lagi.
lepas tu, kitaorang keluar kat DESA ILMU.
untuk budak-budak semenanjung, jangan risau,
DESA ILMU tu ada banyak kedai. kedai makan, kedai baju,
supermarket nak beli barang-barang harian, topup.
jangan risau lah.
tempat tu depan sikit je dengan enterance UNIMAS.
tapi sebab cuaca yang extremely terik. kitaorang amik cab.

singgah supermarket. cekau baldi, sabun madi, sabun basuh,
biskut, tisu. macam-macam. langsung aku tak bawak toiletries.
sebab tak kan aku nak bawak baldi bagai semua naik flight.

dah beli semua barang, masalah pulak acano nak balik UNIMAS.
no taxi available. apa lagi lah bus ke hapa. memang tak daq langsung.
luckily, ibu tanya taukeh kedai makan, rupanya ada kereta sewa
dekat kedai topup. then sewa kancil. rm6 satu jam. student price.

forget to mention that, my roommate orang sarawak jugak.
and alhamdulillah, he's malay and town boy. mrsm punya budak.
so ibu aku dah tak risau. ibu start kemaskan semua barang.
aku tolong sikit-sikit.

tu citer first day.
nanti sambung lagi.

Tuesday, 15 May 2012

whatsapp

salam sejahtera. hari ini topik ialah pasal WHATSAPP. benda alah ini merupakan satu aplikasi. kalau mengikut tafsiran aku sendiri. aplikasi ini lebih kurang macam YAHOO MESSENGER(YM). tapi yang ini melibatkan pengguna telefon pintar. kelebihannya. boleh sms(chatting) secara percuma apabila ada internet. sama lah dengan YM kan? lagipon ramai member2 dah suruh buat whatsapp ni. dah aku pon mencuba la.. my first trial was good. bila dah mula chat. tak boleh berhenti. tapi tak boleh tanding TWITTER la.. come on guys.. TWITTER bagi aku sekarang sangat trending... because i always have problems when using the another one social web. it tooks time for loading. and sometimes, the chatbox seems not functioning well. syarat nak guna whatsapp : 1. download whatsapp kat PLAY STORE 2. register email and password 3. automatically u'll received a key number through ur phone. 4. now. it's ready to bring you become more talkative on web.

Monday, 14 May 2012

final 7th Men's Junior Asia Cup Melaka 2012 - part 2




nilah sebahagaian lautan manusia kat stadium semalam.
surat khabar cakap hampir 8k manusia malam tadi. 
patotlah dah hampir sesak nafas berdiri dekat sejam lebih semalam.
macam tin sardin. tapi ni lagi mampat dari tin sardin AYAM BRAND'S.
fuhhh. tapi sebab minat punya pasal. redah je la..

lepas opening tu, game pun mula.
baru tiga minit lebih je kot, MALAYSIA dah score.
PC goal by FAIZAL  SAARI.



this is FAIZAL SAARI.
hebat. style dia. kalau dah goal akan tabik-menabik
kat penonton. tapi semalam tak tau dia buat ke idok 
sebab tak nampak. yang aku nampak kepala-kepala orang je.


then, game berterusan sampai la AHMAD SYAMIM score goal kedua.
biar benau ni? senang sangat je nak tunduk kan Pakistan.
dahlah Pakistan 3 kali pegang ASIA CUP ni.

tapi memang malam tu, semangat team MALAYSIA
sangat kental dan tinggi. hebat yang amat.
nak TABIK SPRING sekali!
first half MALAYSIA masih mendahului.

masuk second half, hurmm, game macam slow sikit. 
pastu ada muka-muka baru yang coach masukkan.
if i'm not mistaken la.
yang peliknya, MALAYSIA asik kena serang.
tapi pertahanan MALAYSIA tak mudah nak dibolosi.
tu lagi satu aku nak TABIK!!!
slumber je keluarkan bola.

teringat zaman dulu-dulu,
kalau nak keluar kan bola, berhempas-pulas.
sampai gaduh-gaduh dengan team sendiri pon ada.
pasal nak keluarkan bola sebiji yang kecil tu.
last-last kena PC gak. aiyoo..

tapi diorang ni, bola masuk je, boleh dikeluarkan dengan mudah.
macam mana diorang buat?? 
practice makes perfect.
keeper pon boleh tahan bagus. banyak save bola.
bola terbang sana-sini. nasib tak kena cameraman yang 
dok atas tangga bertingkat tu. 

tak lama kemudian. Pakistan jaring satu goal.
waa.. pakcik-pakcik yang dok sebelah aku ni
dok marah-marah. hek'eleh.. rileks lah pakcik,
nak emosi sangat apehal..
kata MELAKA. memang lah mulut tu kasau sikit.
tapi aku bangga jadi ANAK MELAKA. :D

wisel penamat. 
MALAYSIA menang 2-1.
cayalahh...

tak sia-sia aku parking kereta nun jauh kat rumah orang.
tak sia-sia aku datang empat game MALAYSIA.
gilos. memang puas hati lah.. 
KAMULAH YANG TERBAEKK!!!

habis acara penyampaian hadiah semua.
now is the time i'm waiting for a long.
amek gambau la...
geledah satu padang tu.
cari sesapa je. pastu stop, amek gambar.
jalan lagi. cari, cari dan cari..

nilah hasilnya..


kami dah menang. MALAYSIA BOLEH!!!!





wira kebanggaan negara.
cayalah bro!!!





mr captain. MUHAMMAD NOOR FAEEZ BIN IBRAHIM.
main banyak posisi. kejap kiri kejap kanan.
paling style time goal PC.
superb such a great player!!



Firhan Ashaari. yang ni pulak,
main memang laju. power jugak stop bola orang.
yang penting, brother ni kering abes!!
hebat!!



yang ni, Nor Hizzat.
tak silap la. dia main belah tengah je banyak.. 
centre. senang citer, kalau bola area tengah,
dia yang control la.. 

paling stylo rasanya time sliding.
haha,, ingatkan kitaorang yang kampung-kampung
ni je yang slide, rupanya INTERNASIONAL pon
ada sliding. yang ni serius kena kering...
silap-silap kang dapat sliding dengan kayu hoki.
BUY I FREE 1.

overall. memang best. harap lepas ni
KERAJAAN MELAKA akan dapat menganjurkan
lagi game yang macam ni. barulah industri sukan hoki
MELAKA bertambah maju. 

TAHNIAH SKUAD PROJEK 2013!!!



final 7th Men's Junior Asia Cup Melaka 2012 - part 1

assalammualaikum...
semalam ialah hari penentuan
pasukan mana yang akan menggondol JOHAN
bagi 7th Men's Junior Asia Cup.

MALAYSIA vs PAKISTAN.

aku ambil madjam kat rumah dalam pukul 4.30pm.
sampai je stadium dalam setengah jam kemudian.
lepas parking segala-bagai, kitaorang pon pergi solat ASAR dulu.

ingatkan bila sampai awal dapatlah seat.
alih-alih semua seat dah kena reserve untuk player-player
dengan VVIP. siap pasang pagar semua.
macam mana ni? dah kitaorang pergi la belakang goal tu.
tengok game .game agak slow.
aku sampai dah nak tidur kat situ. nasib takda bantal.

tiba-tiba, macam ramai orang menjerit-jerit macam histeria.

dah kenapa semua orang kat sini??

lah, bas yang bawak team malaysia dah sampai.. 
Mr Mirnawan Nawawi dengan coach Dharmaraj keluar dulu.
pastu nampak pulak Faizal S. dengan beberapa lagi.
tapi baru separuh. yang separuh lagi player naik bas lain.

dah telefon aku berbunyi. 

INCOMING CALL -PILOT

kena amik pilot sekarang. aku suruh dia tunggu kat 
Mobil Petrol Station ayah Hazwan Haleem punya.
sebab aku malas nak masuk Melaka Central.

done. 10 minutes finished fetching PILOT.
solat maghrib lah dulu senang. wooowoo..
ramainya junior kat sini.. dah jadi supporters INDIA rupanya.
jumpa lah pulak si ABE, FIGHTER, ramailah. 
tapi ada je yang buat tatau. pi lantak la hangpa.

-bersambung-